1 Comment to " "

  1. ULASAN ARTIKEL LEARNING OUTCOMES (2)

    Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas, mereka akan menghadapi masalah memiikirkan di mana hendak meletakkan anak mereka supaya mendapat pendidikan yang sempurna. Bagi kanak-kanak ini persekitaran yang terbaik untuk mereka belajar adalah seperti di rumah kerana mereka berpeluang mematuhi dan meniru kelakuan seperti kedua ibu bapa. Berbeza dengan persekitaran di sekolah, perlakuan negatif akan berlaku apabila mereka dikumpulkan dengan kanak-kanak yang lain dan kemudiannya akan mula meniru. Lebih awal kita mendapatkan tempat yang sesuai adalah lebih baik sebelum dia membentuk interpretasi negatif dalam dirinya. Sebagai ibu bapa kita perlu menganggap pendidikan untuk anak adalah sebagai usaha sama dengan guru. Ibu bapa tidak boleh mengharapkan guru seratus peratus untuk mendidik anak kita. Keluarga yang mempunyai anak-anak sebegini, perlulah layani anak anak ini seperti anak-anak yang lain kerana mereka juga berhak mendapat didikan yang sempurna, prasarana yang baik dan kepakaran guru yang terlatih. Kanak-kanak ini perlu diletakkan ditempat yang berbeza dengan kanak-kanak yang lain supaya mereka dapat diberi bimbingan yang lebih terperinci.

Post a Comment