1 Comment to " "

  1. ULASAN ARTIKEL LEARNING OUTCOMES (3)

    Kategori masalah pembelajaran adalah kategori yang rencam dengan pelbagai jenis kecacatan, termasuk terencat akal, down sindrom, autisme, cerebral palsy, masalah dalam komunikasi dan perkembangan bahasa, masalah emosi dan tingkah laku, kecacatan anggota, hiperaktif, hipoaktif, keupayaan mental yang rendah dan pintar cerdas. Kanank-kanak dengan masalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam interaksi dengan persekitaran, iaitu situasi yang menghalang kemampuan belajar dan pembentukan pemahaman dunia sekitar mereka.
    Menurut kajian, bagi meningkatkan pencapaian matematik di kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran antaranya adalah pendekatan pengajaran yang terperinci di mana guru perlu membimbing murid melalui urutan pelajaran dari mudah ke susah. Ini adalah supaya murid-murid ini dapat menguasai konsep-konsep matematik dengan baik. Alatan-alatan yang manipulasi, gambar-gambar serta bahan-bahan konkrit yang lain dapat mengukuhkan konsep matematik Selain itu, kaedah pengajaran kendiri adalah digalakkan di mana mereka belajar menguruskan pembelajaran kendiri dengan membuat penyelesaian berorientasikan soalan-soalan. Penggunaan rakan sebaya menggalakkan murid-murid ini berinteraksi dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan akademik. Sebagai seorang pendidik, mereka perlu mempunyai strategi dan pendekatan yang pelbagai bagi merealisasikan impian mereka dalam mendidik anak-anak bermasalah ini.

Post a Comment