1 Comment to " "

  1. ULASAN ARTIKEL LEARNING OUTCOMES (1)

    Kanak-kanak berkeperluan khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial ataupun ciri-ciri fizikal. Kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan.. Ini akibat keadaan yang ada pada mereka menyebabkan mereka tidak dapat menerima pelajaran dalam cara biasa ataupun meletakkan mereka jauh ke hadapan dan bosan dengan apa yang diajar. Penerimaan ibu bapa kepada kanak- kanak berkeperluan khas adalah penting. Kanak-kanak yang diterima merasa lebih baik dibandingkan dengan mereka yang tidak diterima oleh ibu dan bapa. Ibu bapa harus mempelajari seberapa banyak yang mungkin mengenai kanak-kanak ini serta berjumpa dengan orang lain yang mempunyai masalah yang serupa dan belajar memberi sokongan antara satu sama lain. Dengan adanya kanak-kanak ini dalam sesuatu keluarga, sudah tentu meningkatkan perbelanjaan sekeluarga. Kos itu melibatkan rawatan hospital, alatan yang khusus, makanan khusus, pengangkutan dan sebagainya.
    Tidak semua teknik berkesan untuk semua murid dan guru perlu menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif bagi membantu murid dengan keperluan khas. Bagi masalah yang berkaitan hubungan sosial, sediakan murid dengan pelbagai cara memberi respons terhadap situasi sosial. Kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku seperti hiperaktif memerlukan perhatian yang lebih. Kemungkinan besar penjaga ataupun guru berinteraksi secara negatif apabila kanak-kanak memaparkan tingkah laku yang mengganggu. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran seperti disleksia memerlukan strategi pengajaran yang menarik untuk meningkatkan potensi mereka. Ibu bapa juga perlu sabar dalam mendidik anak yang bermasalah ini. Bagi kanak-kanak yang mengalami autisme, mereka perlu terapi dan sekolah yang khas bagi membentuk mereka menjadi insan yang berguna. Kejayaan program pendidikan bagi seseorang kanak-kanak dengan keperluan khas bergantung sebahagian besarnya di atas penglibatan dan kerjasama sebenar ibu bapa dan penjaga. Sebahagian yang lain yang menentukan kejayaan mereka adalah penglibatan tenaga pendidik serta peluang-peluang yang disediakan di sekolah.

Post a Comment