1 Comment to " "

  1. ULASAN ARTIKEL LEARNING OUTCOMES (5)

    Disleksia didefinisikan sebagai ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsirkan kod ayat. Kanak-kanak disleksia adalah kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam membaca, menulis dan mengeja. Guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang berkesan bagi menangani kanak-kanak ini. Pengajaran juga perlu dilakukan dengan pelbagai teknik yang menarik seperti menggunakan bahan-bahan visual yang menarik, peribadi dan gerak laku yang dapat menumpukan perhatian murid. Teknik pengajaran yang pelbagai akan lebih berkesan jika guru dapat mengaitkan dengan sesuatu yang mereka minati dan dari persekitaran mereka. Kata-kata pujian perlu diberikan supaya mereka seronok dan berkeinginan untuk melakukan aktiviti yang diberi. Guru perlu menjadi seorang rakan karib kepada kanak-kanak ini supaya kanak-kanak berminat untuk datang ke sekolah. Sebagai seorang guru, sikap sabar dan berusaha gigih untuk mendidik kanak-kanak disleksia ini amatlah dihargai dan tidak boleh dipandang ringan. Kanak-kanak ini adalah harapan negara.

Post a Comment