1 Comment to " "

  1. ULASAN ARTIKEL LEARNING OUTCOMES (6)

    Kanak-kanak istimewa memerlukan perhatian khusus atau pendidikan khas dalam pembelajaran. Kanak-kanak ini tidak boleh disingkirkan malah perlu diberi pendidikan sempurna demi memastikan kebaikan dan menjamin masa depannya. Pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini hendaklah diberikan dengan seikhlas hati dan semua pihak haruslah bekerjasama supaya pelaksanaan dan matlamat tercapai. Kajian juga menunjukkan ramai kanak-kanak di Malaysi menghidapi disleksia dan autisme. Dalam membina pembangunan modal insane kita perlu memikirkan masa depan anak-anak ini. Keistimewaan yang ada pada diri mereka peril digilapkan agar pendekatan dalam strategi belajar kanak-kanak ini dapat diubahsuaikan kea rah yang lebih baik. Oleh itu, kerjasa dari semua pihak seperti ibu bapa, para guru, kerajaan dan pihak-pihak lain perlu memainkan peranan agar kanak-kanak ini tidak dipinggirkan dan berjaya seperti kanak-kanak yang lain. Selain itu, bagi memastikan kejayaan dan keberkesanan pendidikan , bukan sahaja merangka program pembelajaran yang sesuai, tetapi prasarana yang khusus perlu diberi perhatian disamping memberi sokongan kepada tenaga pendidik. Untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas ini, guru yang benar-benar layak sahaja boleh mendidik anak-anak ini iaitu yang sanggup memikul tugas dan tanggungjawab berat itu.

Post a Comment